Patient Education
Patient Handouts | Parent's Guides | Activity Sheets | Crest Consumer Site | History of Crest | Dental Health Month 2011
title, Crowns

   
   
   

MAHKOTA GIGI

Apabila gigi patah, mempunyai tampalan lama yang besar, atau rosak teruk akibat pereputan, doktor pergigian anda mungkin mencadangkan peletakan mahkota atau tudung gigi Mahkota memperkuatkan serta melindungi struktur gigi yang tinggal dan boleh memperbaiki kejelitaan senyuman anda. Jenis mahkota termasuk mahkota porselin penuh, mahkota porselin bersepadu dengan logam, dan mahkota logam sepenuhnya.

Memasang mahkota memerlukan sekurang-kurangnya dua lawatan ke pejabat doktor pergigian. Pada awalnya, doktor pergigian:

pembuangan pereputan dan pembentukan gigi

Mengeluarkan kereputan, menyediakan dan membentuk gigi tersebut.

acuan

Mengambil corak acuan gigi.

mahkota sementara

Membuat dan memasang mahkota sementara atau peralihan yang dibuat daripada plastik atau logam.

Dalam lawatan seterusnya, doktor gigi:

Mengeluarkan mahkota sementara, memasang dan melaraskan mahkota tetap, dan melekat dengan simen mahkota pada tempatnya.

mahkota kekal

Doktor pergigian anda akan memadan warna mahkota dengan warna gigi anda. Jika anda menimbang untuk memutihkan gigi, anda harus bercakap dengan doktor pergigian anda tentang pilihan pemutihan sebelum mahkota dibuat. Memandangkan produk pelunturan tidak memberi kesan pada warna mahkota, adalah penting gigi semulajadi anda diputihkan terlebih dahulu supaya doktor pergigian dapat memadan warna mahkota dengan warna gigi anda selepas ia diputihkan.
TITIAN

Kehilangan gigi mempunyai impak besar terhadap kesihatan dental dan penampilan peribadi. Apabila satu atau lebih gigi hilang, gigi yang masih ada boleh hanyut dari posisi asal, yang akan menyebabkan perubahan pada gigitan, kehilangan gigi lain, pereputan, dan penyakit gusi.

Apabila kehilangan gigi berlaku, doktor anda mungkin mencadangkan penempatan titian gigi. Apabila menempatkan titian, gigi (penampan) pada kedua-dua belah ruang akan ditutup dengan mahkota (tudung/ pendakap), dan sebatang gigi palsu (pontic) disambung pada mahkota tesebut.

sediakan mulut untuk titian

Pada mulanya, doktor pergigian menyediakan gigi pada kedua-dua belah ruang untuk meletakkan mahkota dan membuat corak acuan pada keseluruhan kawasan tersebut.

titian gigi sementara

Membuat dan memasang mahkota sementara atau peralihan yang dibuat daripada plastik atau logam.

Pada lawatan seterusnya, doktor gigi:

Mengeluarkan titian sementara, meletakkan, dan menyimen titian tetap.

titian kekal

Pastikan anda mengikuti panduan khas jagaan di rumah yang diberikan oleh pakar pergigian anda.




Terms and Conditions  |  P&G Privacy Statement
We adhere to the Better Business Bureau's Privacy Standards © 1996-2009 The Procter & Gamble Company, Cincinnati, Ohio, USA All rights reserved