Patient Education
Patient Handouts | Parent's Guides | Activity Sheets | Crest Consumer Site | History of Crest | Dental Health Month 2011
title, Regular Dental Visits

   
   
   

Pernahkah anda terfikir mengapa Persatuan Pergigian Amerika dan doktor pergigian anda mengesyorkan anda untuk kembali setiap enam bulan? Ini adalah kerana lawatan pergigian kerap adalah penting untuk penjagaan gigi dan gusi yang sihat. Di antara pemeriksaan enam bulan tersebut, adalah penting anda berusaha untuk memastikan gigi dan gusi anda bersih dan sihat. Jika anda perlukan bantuan lanjut, doktor pergigian anda mungkin mencadangkan lawatan yang lebih kerap.
gusi dan gigi yang sihat

Beginilah rupa gigi dan gusi yang sihat selepas pembersihan gigi.

pembentukan karang dan plak

Plak dan tartar boleh terbentuk dengan cepat jika kebersihan gigi yang baik tidak diamalkan di antara lawatan. Makanan, minumam, dan tembakau turut boleh mengotori gigi.

tisu gusi yang sakit akibat karang

Jika tidak dibuang, plak lembut boleh menjadi keras pada gigi (membentuk karang) dan menyakitkan tisu gusi.

Memeriksa gigi anda terhadap kereputan gigi merupakan satu cara pemeriksaan gigi yang lengkap. Semasa pemeriksaan anda, doktor gigi anda akan menilai kesihatan gusi anda, membuat pemeriksaan kepala dan leher dan memeriksa mulut anda untuk sebarang indikasi kanser mulut, diabetes atau kekurangan vitamin. Jangan terperanjat jika doktor gigi anda memeriksa muka anda, gigitan, air liur dan pergerakan rahang bawah anda (TMJ) Kemudian doktor gigi anda akan membersihkan gigi anda dan menerangkan kepentingan memelihara kebersihan gigi yang baik.

Lawatan Pergigian Yang Kerap
Pada setiap lawatan pergigian anda yang dijadualkan, doktor pergigian anda akan melihat gusi, mulut, lidah, dan kerongkong anda.

PEMERIKSAAN KEPALA & LEHER
  • Memeriksa muka anda
  • Periksa leher anda
  • Periksa nodus limfa anda
  • Periksa sendi rahang bawahan anda (TMJs)
PEMERIKSAAN PERGIGIAN KLINIKAL
  • Periksa gusi
  • Melihat untuk tanda-tanda penyakit gusi
  • Periksa untuk gigi longgar
  • Melihat tisu-tisu dalam mulut anda
  • Memeriksa lidah anda
  • Memeriksa gigitan anda
  • Melihat pada bukti kereputan gigi
  • Memeriksa untuk gigi patah
  • Memeriksa untuk tampalan rosak
  • Melihat pada perubahan terhadap gusi yang melitupi gigi
  • Menilai sebarang pemasangan gigi yang anda ada
  • Memeriksa persentuhan di antara gigi anda
  • Mengambil X-ray
PEMBERSIHAN PERGIGIAN
  • Periksa kebersihan gigi dan gusi anda
  • Buang sebarang plak dan karang
  • Mengilap gigi anda
  • Flos di antara gigi anda
  • Merujuk teknik memberus dan memflos yang disyorkan
Selepas pemeriksaan dan pembersihan gigi anda, doktor pergigian akan memberitahu tentang keadaan kesihatan gigi dan gusi anda dan membuat sebarang cadangan tambahan. Dengan melawat doktor pergigian anda dengan kerap dan mengikut amalan kebersihan gigi harian yang baik di rumah, anda dapat memastikan gigi dan gusi yang sihat.

Untuk gigi dan gusi yang sihat, pastikan anda ikut arahan doktor pergigian dan pakar kebersihan anda. Dan sentiasa lakukan lawatan kerap ke klinik pergigian.

Ingat, pencegahan adalah kuncinya.



Terms and Conditions  |  P&G Privacy Statement
We adhere to the Better Business Bureau's Privacy Standards © 1996-2009 The Procter & Gamble Company, Cincinnati, Ohio, USA All rights reserved